Saturday, November 5, 2011

adoi! jatuh cinta pulak~




toing! toing! toing! adeh jatoh pulak. T__T

haha sape suh main lompat-lompat, kan dah jatoh.  : D

tapi tak lompat-lompat pon bole jatuh. JATUH CINTA/JATUH HATI. ha camna tu?

erkkk... no komen~ tapi try jawab inventori ni dulu. 





dah jawab? dah jawab? haaa... mesti dah tau apa gaya bercinta korang kan?? meh tengok intepretasi setiap gaya bercinta tu. so boleh la korang faham macam mana yang dikatakan gaya bercinta PERSAHABATAN, 
ROMANTIS, PERMAINAN, LOGIKAL, PENGORBANAN dan KEPUNYAAN. if tak berapa nak faham, bole tanya keh. ^___^



CINTA PERSAHABATAN – STORAGE : Gaya ini adalah hasil daripada persahabatan. Cinta pada pengamalnya tidak wujud secara mendadak, tetapi timbul secara perlahan-lahan. Cinta ini dikenali sebagai cinta kawan karib di mana pasangan itu terhasil daripada perhubungan erat dan mesra yang sudah lama terjalin. Kadang-kadang orang yang bercinta tidak menyedari yang mereka sudah lama dalam percintaan. Selalunya orang yang memiliki gaya ini akan mempunyai minat yang sama dengan pasangannya. Terdapat juga pengamal yang lebih menitikberatkan perkongsian aktiviti berbanding penglibatan emosi yang mendalam dalam hubungannya.Mereka juga tidak berkeupayaan untuk menyintai sesorang tanpa dikenali secara mendalam dalam jangkamasa yang panjang. Sebaliknya mereka akan mengenali pasangan itu dahulu sebelum wujudnya perasaan cinta. Mereka yang berada dalam kategori jenis ini dikatakan lebih logikal di mana perkongsian harapan adalah secara terbuka, jarang merajuk dan rasa cemburu dan seandainya perpisahan terjadi, pengamal tidak akan menimbulkan kerisauan.


CINTA ROMANTIS – EROS : Gaya percintaan ini merujuk kepada cinta yang wujud hasil daripada tarikan fizikal yang sangat kuat pada pertemuan pertama. Mereka yang memiliki gaya ini mahukan penyatuan dan perpaduan dalam hubungan cinta. Cinta jenis ini juga dicirikan oleh percampuran emosi dan keasyikan serta tarikan seksual yang kuat dan mereka yang mengayakan cinta jenis ini menikmati kegemilangan dalam cintanya. Mereka ini seboleh-bolehnya inginkan satu identiti dengan pasangannya, contohnya dalam berpakaian dan mempunyai selera makan yang sama. Selalunya tarikan sosial yang menyebabkan pengamal gaya ini tertarik untuk membentuk hubungan. Pengamal gaya percintaan ini memandang cinta sebagai yang sangat tinggi nilainya. Bagi pengamal cinta ini, seandainya berlaku perpisahan, kepedihan ini boleh membunuh semangat untuk meneruskan kehidupan.




CINTA PERMAINAN- LUDUS : Ludus adalah cinta permainan. Mereka yang mengamalkan gaya bercinta jenis ini cuba untuk mengurangkan pergantungan dan tanggungjawabnya. Ia digambarkan dengan individu yang mempunyai ciri mementingkan diri sendiri, suka menggoda tetapi tidak inginkan hubungan intim, tidak gemarkan pasangan yang terlalu bergantung, kurang mesra dan tiada rancangan jangka panjang. Cinta jenis ini juga dikelaskan sebagai cinta yang tiada komitmen dan banyak kerahsiaan. Mereka selalunya mempunyai lebih daripada satu pasangan cinta dalam sesuatu masa. Ini adalah kerana dengan adanya dua atau lebih kekasih serentak lebih senang baginya melepaskan tanggungjawab kepada kedua-dua kekasihnya tadi. Mereka yang mengamalkan gaya ini juga selalunya tidak serius dalam bercinta dan tidak mendalam perasaan cintanya, sebaliknya mereka suka memainkan perasaan atau pun membiarkan pasangannya tertanya-tanya apakah perasaan mereka sebenarnya dan berapa dalamkah penglibatan cinta mereka itu. Pengamal gaya ini juga tidak mempunyai rancangan jangka panjang dalam hubungan cinta, lebih suka membuat hubungan secara mendadak dan tidak teratur. Dengan ini hubungan mereka jarang sekali mesra terutama daripada segi emosi dengan pasangannya. Ini disebabkan mereka lebih suka bebas dan tidak mahu kebebasannya diganggu oleh sesiapa sahaja termasuklah pasangannya sendiri.


CINTA LOGIKAL – PRAGMA : Pragma (gabungan storage dan ludus) atau cinta logikal adalah cinta yang lebih praktikal dan realistik. Gaya bercinta ini merujuk kepada gaya bercinta di mana individu yang terlibat cuba mencari pasangan yang terbaik untuknya. Individu yang menggayakan cinta jenis ini suka memikirkan keuntungan peribadi dalam perhubungan. Individu itu akan menetapkan ciri-ciri khusus dan cuba mencari pasangan yang sesuai dengan atau mengikut ciri-ciri khusus tersebut. Sekiranya pasangan yang sesuai telah ditemui, sebarang kemungkinan untuk berpisah selalunya akan dibuat pertimbangan terlebih dahulu. Pengamal gaya ini juga sabar menangguh hubungan cintanya sehingga mereka betul-betul merasakan individu yang ditemui itu memenuhi kriteria yang dikehendaki. Mereka juga inginkan keserasian latar belakang mereka dengan pasangan yang ingin didampingi. Perasaan cinta hanya timbul selepas membuat perhitungan bahawa pasangan itu benar-benar layak untuknya.


CINTA PENGORBANAN – AGAPE : Gaya bercinta pengorbanan atau ‘agape’ merupakan satu gaya bercinta yang dimiliki oleh individu yang memperhambakan dirinya untuk cinta. Terdapat beberapa ciri yang boleh dilihat pada individu yang memiliki gaya bercinta jenis ini. Antaranya ialah mereka ini terdiri dari individu yang suka membantu, amat memahami dan pemaaf terhadap pasangan. Pemilik cinta ini bersifat terlalu ekstrim dalam percintaan menyebabkan mereka terlalu penyabar terhadap apa jua kerenah orang yang dicintai. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi orang yang tersayang dan pengorbanan yang mereka lakukan menyebabkan pemikiran mereka terbatas. Pengamal gaya bercinta ini juga dikatakan bersikap terbuka kerana sanggup menerima cinta daripada orang yang berbeza-beza personalitinya. Mereka memberikan cinta dan kasih sayang dengan rela hati tanpa sebarang syarat kepada pasangan yang dicintai. Pengamal cinta pengorbanan ini juga sanggup melakukan apa sahaja asalkan orang yang mereka cintai itu bahagia dan gembira. Mereka sanggup mengenepikan cita- cita sendiri asalkan pasangan mereka berjaya mendapatkan apa yang dikehendakinya. Dengan kata lain pengamal cinta ini berkorban apa sahaja demi memenangi cinta dari pasangan mereka. Situasi ini sering berlaku pada lelaki yang mempunyai daya tarikan rendah, dia akan berasa serba kekurangan dan diselubungi ketakutan akan kehilangan kasih sayang si perempuan. Dalam keadaan begitu, si lelaki mula berasa tambah mencintai si perempuan dan akan berusaha membuktikan cintanya dengan melakukan apa sahaja asalkan si perempuan suka.


CINTA KEPUNYAAN – MANIA : Gaya cinta kepunyaan adalah merujuk kepada pengamal yang ingin memiliki pasangan untuk dirinya sendiri sahaja. Individu yang mengamalkan cinta ini bersifat cemburu dan sentiasa inginkan kekasihnya sentiasa ada bersamanya. Individu ini tidak suka kepada perpisahan dan mahukan semua aktiviti dilakukan bersama. Individu jenis ini amat mementingkan diri sendiri dan ini akan menimbulkan masalah kepada pasangan kerana ia terlalu kuat dengan perasaan mengawal, mengongkong dan memiliki pasangan. Dalam masa yang sama juga individu ini mahu dirinya dimiliki oleh pasangannya. Oleh itu individu ini sentiasa mencurigai kejujuran dan keutuhan cinta pasangannya.




p/s : setiap gaya bercinta itu ada kelebihan dan kekurangannya. so bila dah tau, try to understand yourself and your partner. change the negative part and improve the positive one. 
akhir kata~ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA! ^________________^  





Friday, October 28, 2011

i'm married

Dua situasi yang hampir2 sama.


SITUASI PERTAMA :

seorang gadis sedang duduk di dalam sebuah bas, menunggu untuk bergerak meninggalkan ibu kota. pulang ke kampung halaman untuk bercuti bersama keluarga tercinta. di sebelahnya adalah seorang lelaki warga asing yang boleh berbahasa melayu. maka bermulalah perbualan di antara keduanya (peramah la pulak encik sebelah nih). . .

lelaki : mau pulang kampung di johor ka? 
perempuan : haah. tapi tak sampai jb betul la. berhenti kat satu tempat perhentian. nama tempat tu    y*** p***. emm nak pegi jb ke?
lelaki : ooo haah. pegi rumah kawan saya. cuti kan. kat kl blaja lagi ka?
perempuan : haah belaja lagi. 
lelaki : ooo cuti ha balik jumpa family.
perempuan : haah dah lama tak balik. *senyum selebar mungkin sbb taktau nak respon apa lagi.
________________________________suasana sunyi seketika________________________________
lelaki : sudah kahwin? *sambil melihat ke arah jari kanan perempuan tersebut. ada cincin.
perempuan : *tanpa berfikir panjang. haah sudah. suami ada kat kampung jugak. ni balik nak jumpa suami la. (amboi laju la pulak bercerita)
lelaki : ooo betulla saya teka. memang suda kahwin. anak suda berapa?
perempuan : *adoi anak pulak?. ha anak baru satu. kecik lagi. tinggal dgn suami saya. hehe.. *sambil ketawa yg dibuat-buat .
lelaki : oooo rindu sama anak ya. 
perempuan : haah. *oke senyum then buat-buat tido. -_-



SITUASI KEDUA :

keadaan di Terminal Bersepadu Selatan lengang. kelihatan beberapa orang sedang duduk menunggu ketibaan bas masing-masing. seorang gadis baru sampai di lobi berlepas setelah mendapat tiket untuk pulang ke kampung. setelah beberapa minit duduk, seorang lelaki separuh umur (pakcik yg juga berbangsa asing) menegurnya. ikuti perbualan mereka . . .

pakcik : balik ke mana?
gadis : johor, pakcik?
pakcik : owh sama la. bas nya jam berapa?
gadis : jam 12 tengahari. sama agaknya. tiket pun nampak sama.
pakcik : iya lah agaknya. cuti ya? kerja ka kat sini?
gadis : haah cuti. eh takla, saya belaja lagi.
pakcik : owh... balik kampung jumpa suami ya? *sambil mata melihat ke arah jari kanan gadis tersebut. ada cincin.
gadis : *terkedu. errr haah. *terus senyum. senyum.
pakcik : ya iyalah. kesian suaminya lama tidak jumpa kan.
gadis : haah. *oke terus senyum sambil bukak beg mencari sesuatu. -_-


dah. dah. korang mesti dah agak kan sapa perempuan dan gadis dlm kedua-dua situasi tu. dua-dua adalah orang yang sama. dan orang itu adalah AKU. T___T
oke dua sebab kenapa orang tengok aku ni macam married women adalah :
-->  muke aku yang sememangnya matured macam orang umo 27 tahun. orang selalu kata aku kakak sulong.
--> aku pakai cincin yang kalo nampak memang orang kata tu cincin kawen




This is the ring. tapi blur sikit gamba nih. kalo tengok yang betul, ada macam berlian la yang putih-putih tu. then ditambah pulak cincin ni aku pakai kat jari belah kanan. memang jari khas utk orang kawen la kan. so i'm married! -_-

but for me, if yang tanya tu lelaki memang akan diiyakan jela. its for my own safety. at least they have respect for a married women. but if yang tanya tu perempuan, akan diterangkan dengan jelas la yang SAYE BELOM KAWEN LAGI. huahuahuahau~
kepada yang nak rasa dah kawen, sila la pakai cincin dan buat ekspresi muke orang yang dah matured. believe me! its really work~


p/s : saya tak berniat nak tipu. mereka yang salah faham. sila maafkan saya. @_@


 





Thursday, October 20, 2011

one of my BFF~


its raining. its still raining. and as usual, i don't know what to do ~ at my "office"

the only thing i have now are only my phone (yang dah ngok ngek tu) and my precious blue lappy. so my lappy, let me use you oke. 

with limited resource to entertain myself, so buat la entry ni. nak bagi banyak entry sbnrnye. al maklumla baru stat blogging semula. hehe...

so this entry is specially dedicated to one of my BFF - mamat laa. BEST FRIEND FOREVER. not boyfriend forever oke. hahaha sorry~

this is him~

-digunakan utk tujuan blogging semata2. tidak disimpan @ dimandrem.-

ermm before that, can i use malay language?? please, please......... oke thank u! ;p

hehe senang sikit nak kutuk/puji/marah mamat nih. oke firstly, kami start kenal waktu form 4 kat sekolah menengah je sebenarnya. tapi aku rasa dah macam kenal dari dalam perut mak masing2 je. serius! dengan kawan lelaki lain yang satu tadika pon aku tak rapat sangat. so aku sangat berterima kasih pada Allah sebab bagi kawan baik cam mamat nih. walaupun dia cam gila2 tp kawan aku nih banyak bagi sokongan kat aku. kalau ada apa2 aku selalu gak la story kat dia. luahlah apa pun, dia tetap dengar. so memang jadi pendengar setia aku la & banyak bagi kata2 semangat kat aku. aku pon kadang2 banyak pemikiran tak rasional dan selalu fikir negatif. so he make me view the things from the bright side. i also learn many new things from him. semangat! dia ni la yang bagi lagu Ya Sudahlah tu. ^__^

insyaAllah aku bakal jadi kaunselor but i still need someone that can be my counsellor. so right now, he is one of my best counsellor and i hope he can always be my best counsellor. harap jugak yang aku tak membebankan dia bila aku cerita masalah-masalah aku tu. hoho...

ucapan untuk mamat : semoga kau selalu happy dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah. always be happy so that you can help me to be happy. ^_____^


p/s : oke level of shyness semakin meningkat. keh3....



try these too

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...