Thursday, December 15, 2011

Sweet memories can't never be replaced~



err alamak kantoi asyik online je. tapi tak boleh nak buat apa sebab tiba-tiba datang mood sentimental pulak. so postpone buat kerja ilmiah malam nanti. ngeee...~


sebenarnya tadi aku belek-belek gambar dalam hard disk aku tu. then terjumpa la gambar-gambar tyme muda remaja dulu. sekarang muda gak tapi dah masuk muda belia. huhu. so aku teringat la kenangan manis dengan kawan-kawan sekolah dulu. especially my besties. tyme sekolah dulu, boleh la dikatakan BFF. aku dengan 3 orang lagi kawan. kiranya satu geng la, ada 4 orang termasuk aku. 2 lelaki, 2 perempuan. sejak form 1 kami satu kelas tapi start masuk form 3 baru gile rapat la. semua pengawas, so lagi la masuk kepala masing-masing. perangai pun gile-gile. biase la tyme budak-budak lagi kan. then bila dah habis sekolah tu ada la kami jumpa, dok lepak-lepak. 


sekarang tahun 2011. gambar yang aku jumpa tu tahun 2009. tyme tu dah habis sekolah. tapi aku rase tu la last kami berempat jumpa. tapi aku ngn BFF yang perempuan tu mmg still contact. umah pun dekat je kan. hehe~ 


jom imbau kenangan lalu~



she is the best bestfriend that i ever had. 
tak sabar nak g holiday kat korea sama-sama. hihi...



woah rindunya zaman muda-muda nih. ^_____^



KAMI yang always happy go lucky. 



time ni diorang tengah usha awek yang kerja kat situ. haish sempat lagi kan. :p



kanak-kanak riang. 



disebabkan semua nak masuk dalam gambar, so snap jela macam nih. 



eeuuwww buat ape tu??



the best picture ! 



err sekadar selingan. nak buat ala-ala drama melayu tapi tak jd sebab tak tahan nak gelak. haha~



rasa seronok sangat bila tengok balik semua gambar-gambar ni. macam nak putar balik masa pun ada. rindu nak sekolah. rindu nak jumpa kawan-kawan lama. rindu nak gathering. woah banyaknye rindu! haha~ 
tapi apa pun, walaupun masing-masing dah semakin sibuk dengan kehidupan masing-masing tapi ingatlah yang kita pernah dan masih bersahabat. andai kata ada salah yang aku lakukan, maafkan lah. mungkin tak disengajakan atau gurauan semata-mata. apa pun yang berlaku, sahabat itu tetap sahabat. semoga sahabat-sahabatku sentiasa gembira dan berada di bawah lindungan dan rahmat Allah s.w.t. 


p/s : kenangan itu terlalu berharga untuk dilupakan. 
senyum sokmo ! 
^__________________________^





Friday, December 9, 2011

SEMANGAT !



assalamualaikum !

err semangat ??
rase macam dah terlambat untuk semangat tu sampai. tapi oke la kan daripada tak sampai-sampai langsung semangat tu. so pada saat dan ketika ini, aku sudah semakin bersemangat untuk menyiapkan segala macam urusan duniawi yang perlu untuk disiapkan segera. tak larat dah rasanya nak berhadapan dengan so many things yang melambak-lambak nih. hanya tinggal tidak kurang dan tidak lebih dua minggu sahaja lagi untuk aku menghabiskan semester pengajian kali ini. tak kesah la orang lain yang dah siap tu. yang penting aku buat. (err walaupun dah last minute!) dan di saat-saat genting ini, doakan agar aku fokus sebab bile dah jadi macam ni mula la fikir semua bende. tengah buat yang ini, teringat yang itu. buat yang itu, teringat yang ini. haish~  pengajarannya, sila lah buat kerja di awal-awal minit. eh ade ke ayat cam tu?? hentam jela. yang penting faham kan? my to-do-list : fyp, siap sedia present fyp, microteaching, rancangan pengajaran, modul kerjaya, practicum things ! bla bla bla bla~  woih sempat ke tak ni?? oke semangat hanim! JANGAN TIDO SELAGI SEMUA TU TAK SIAP ! itu la semangat aku sekarang. selamat tinggal bende-bende yang lagha untuk dua minggu yang akan datang. 

wish me luck ! ^___________________^



p/s : ganjaran untuk aku = after berjaya menyiapkan semua-semua tu dan selamat melalui dua minggu terakhir semester ni, aku akan pegi holiday dengan my lovely family. going somewhere in perak. yeay !!! hope that i'll survive in this two weeks. aminnnnn.................  mau ikut ka??? jom!  ^____^

Sunday, November 27, 2011

mengapa invisible di facebook??



again. its about facebook. err sebab aku takde twitter, skype dll. so aku cite pasal facebook jela.
takot bawak ajaran sesat pulak if aku cite pasal twitter, padahal aku tak penah gune pun.
err sory i'm noob about that.


so apa halnya dengan fb pulak kali ni???
hobi aku kat fb selain update status, share link yg ntah apa-apa tu adalah meng'invisible'kan diri semasa sedang online. maksudnye orang susah nak detect aku online ke tak bile aku buat macam tu. tapi sekarang dah kurang la sebab kawan aku dok tanya awat aku selalu invisible. 
korang penah buat? ala its the same as u appear invisible when using yahoo mesengger or skype tu.


selalunya macam ni la kan dekat chat box korang bila korang online fb tu. dapat la tengok sapa yang online, berapa ramai yang online. then bole la dok chatting ngn kawan-kawan kat fb tu.





 tapi kalo fb aku, chat box selalu jadi macam nih. zzzzzzZZzzzzzz offline aka invisible. so kalo orang nak chat bende penting susah la (kawan aku kata). 





tapi fb ni bukannya menyusahkan kite ye tak. bila-bila nak online semula, bole je klik macam kat bawah ni. then your friends will see you available on chat. senang kan? ^___^





ramai sebenarnye yang buat keje cam aku buat nih. online tapi invisible. kat box tepi tu aktif komen sana komen sini tapi tgk kat chat, takde. so kawan aku penah tanya awat aku dok invisible selalu? bajet hot ka? haha. 



so here are the some answers~ 

1) memang dari awal dah appear offline. malas nak tukar balik jadi invisible. so biar je chat box tu offline.

2) takde orang nak chat ngn aku. so aku invisible ke tak invisible ke sama ja. no point.

3) lari daripada aktiviti. if kat kolej, kalo taknak turun aktiviti camni la aku buat. konon-konon bz. 

4) kesian kat orang yang rasa annoying if nampak aku online. takmo bagi orang tu susah-susah nak offline, so aku offline la dulu. nak block aku terus pon bole. ^__^

5) takde mood. on fb pun dua tiga minit je.

6) takmo bagi orang kata aku sombong. kadang-kadang aku on fb tapi takde dpn lappy. so takmo bg orang kecik ati or risau sebab aku tak reply-reply, aku offline la. 

7) nak mengelakkan aku daripada aktif mengacau orang. aku suka kacau orang. itu masalahnya. nanti orang rasa annoying pulak sebab aku asyik kacau diorang je kat chat tu. so bila aku offline, selamat la diorang tu. 

8) untuk mengelakkan keadaan seperti ini ;

memang sangat awkward. haish~   -_-"


setakat ni tu la antara sebab-sebab aku invisible kat fb. bagi orang lain mungkin berbeza. yelah setiap orang tu unik. ada pandangan masing-masing. but as for me, sebenarnya sebab no 7 dengan no 8 tu yang banyak mempengaruhi aku untuk appear as invisible. hehe~

masalah kan? 


p/s : apa-apa pun if aku invisible, just send je mesej kat fb tu. nnt sampai gak. then kalo nak chat panjang lebar bole je appear online. ^________________^




try these too

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...