Wednesday, July 25, 2012

cikgu! saya rindu!


"cikgu! saye rindu cikgu! " 
lepas habis praktikal ni, selalu sgt dapat ayat nih. sdh je rase. :(


ehhh?? mcm chipsmore la cik kak ni. sesuke hati je nak muncul, nak senyap semula. haish nasib la. yang penting password blog ni aku ingat lagi. hehe. Btw, salam ramadan! ngeee...

status update :
1) aku dah habis berpraktikal kat melaka
2) aku dah ada kat johor. finally my home sweet home. yeayyhh! 
3) err tapi kene dtg upm semula jumaat ni untuk jumpe penyelia. report tak siap lagi! huk3. T_T
4) aku bosan! huhuhu...

so belek-belek, godek-godek fb, terjumpa ini..........



rase macam menarik pulak statement ni. haha ape motif ntah aku letak bende ni. ape pun aku rase macam betul je yang 94% tu. lalallalalala~ 

p/s : silent is my way. 
aigoo... rindu anak-anak kat melaka. huhu. 


Monday, May 28, 2012

Bookmark untuk students



Dua minggu sebelum cuti adalah minggu-minggu yang agak menyeronokkan sebab its exam week! Hihi seronok ke anak-anak murid cikgu sekalian?? 

So bagi meningkatkan motivasi my students, aku cuba untuk buat something untuk diberikan pada budak-budak nih. Kira try and error la. So aku buat eksperimen kat yang form 4 je dulu. Aku buat simple bookmark untuk diorang. 


Cumel tak? Students form 4 tu ada 34 orang, so dengan gigihnya aku buat la 34 bookmarks for each of them. Tapi bila dah siap rasa sayang pulak nak bagi sebab comel sangat. Oppss terpuji diri sendiri pulak. Haha tapi takpa la sebab kalau nak bagi something kat orang, kita kene bagi benda yang kita sayang. So akhirnya aku bagi jiga kat diorang. Yang uniknya bookmark ni adalah setiap bookmark tu ada nama students tu sendiri. so setiap orang akan dapat bookmark yang ada nama dia sendiri la. Sebenarnya aku buat cam tu supaya diorang tak buang merata-rata. Yela at least bila ada nama diorang takde la diorang sepah-sepah. Kalau orang lain jumpa pun senang nak pulangkan sebab ada nama tuan punya bookmark tu. 
Bergeliga kan palaotak aku ni? 


Dan yang paling aku suka adalah reaction diorang bila dapat bookmark tu. Walaupun ada berapa orang je yang aku bagi secara face-to-face, tapi diorang sangat gembira bila dapat. Muka terkejut pun ada. Tapi yang kelakarnya, sehari lepas aku bagi tu tetibe ada sorang student aku ni approach and Tanya nama penuh aku. Aik? Lupa nama cikgu sendiri ka sayang ku? Tapi tak jadi nak marah bila dia kata nak tulis nama aku kat bookmark tu. Ohoh touching cikgu! Huhu.. so eksperimen berjaya! 


Untuk form 2 pulak aku akan bagi something gak tapi tak tau lagi nak bagi apa. Maybe bila dah nak habis praktikal nanti baru bagi kot. Mesti sedih bila dah nak keluar nanti. Sekarang ni dah mula rasa sayang kat diorang. Waaaaa takmo nangis masa last day. So better nangis sekrang la. Huk3. :’(


Apa pun, banyak lagi benda yang perlu difikirkan especially penyeliaan. Mana nak kejar bagi penuh jam kaunseling, mana nak siapkan rancangan pengajaran. Banyak kerja! So mesti bersemangat untuk tempuhi hari-hari yang mendatang. Chaiyok-chaiyok cikgu hanim!


p/s : baru nak start tanda kertas jawapan students. Budak-budak dah merdeka, cikgu pulak duduk umah tanda kertas. Huhu. Chill lah cikgu!  ^____________^



Hari Guru Untuk Cikgu


Hooraayyyy!
 Its teacher's day!


Walaupun hanya bergelar guru praktikal tapi still guru jugak kan. So haruslah sambut dan diraikan. Yang paling penting hari guru tak perlu mengajar. Hehe. 

So 16 Mei hari tu, semua guru-guru kat SMKBB diraikan. Rasa excited dah rasa kat rumah sewa kami lagi. Malam tu pilih baju macam esok nak raya. Memang lawak bila ingat semula. Untuk kami yang di SMKBB pulak nervous sebab kene buat persembahan. Hari kejadian baru sempat untuk betul-betul berlatih. Kami pilih buat boria, so menari jela kan. Baris depan menyanyi, bari belakang menari. Ala menari simple je pun. Tapi tunggu giliran punye la lama sampai dah ilang dah nervous nih. So bila turn kami, buat jela. 
Yang penting fun kan. Hihi.

Ok balik semula pada sambutan hari guru di SMKBB. Macam biasa la, pagi tu start dengan ucapan2, then nyayian. Lagu Guru Malaysia la….. jom nyanyi sama-sama.

Kami guru Malaysia ...... berikrar dan berjanji.... lallalalalalala.....
(sambung sendiri)

After that, guru-guru minum pagi dan students buat persembahan. Memang talented la budak-budak nih. Berderet yang buat persembahan. Pukul 10 lebih baru kami guru-guru praktikal ni buat persembahan. Tebalkan jela muka nih. Hahahahahaha mari gelak sama-sama. Ewahhh! Haha.
(err nasib baik takdak gambaq)

Tapi yang terkejut nye ialah aku dapat hadiah daripada students! Ada dua orang yang bagi. Sangat sweet. Dapat mug dan kek. Yang lain-lain tu hadiah daripada pihak sekolah.
walaupun tak banyak tapi I’m happy because this is my first teacher's day.



Sayang nak makan kek nih. Comel dan sedap! Habis jugak aku makan. Hihi.




Pukul 11 kami tukar baju PJ sebab ada sukaneka untuk cikgu-cikgu. Memang happening la sebab ramai cikgu yang nak amek bahagian walaupun dengan berbaju kurung. Sempat amek gambar sebelum sukaneka start je sebab bila dah start ingat nak menang je. Kumpulan kami dapat no 3! Berkat usaha kami akhirnya dapat gak hamper. Hihi.

Cikgu Eqa dan Cikgu Eton.



Muka cikgu dah penat lepas sukaneka. Penat gelak je pun sebenarnya. 



Then sebelum balik, cikgu-cikgu ada jamuan dan cabutan bertuah. Walaupun penat tapi seronok la layan telatah students. Kalau hari-hari teachers day kan best. betul tak cikgu-cikgu semua??

p/s : agak-agak waktu sambutan hari guru yang kedua nanti 
dah dapat wish daripada husband ke belum ek?? erkk gatal! haha... 
^___^ 



 

try these too

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...