Monday, December 31, 2012
Tuesday, September 11, 2012
name tag lama
alahaiiiiiiiii macam hidup segan mati tak mahu je blog ni. haha lantak la. yang penting family aku happy. erkk?? ada kaitan ke? (-_-")
untuk kali ini, just nak beritahu yang aku dah jadi cikgu semula. tapi setakat ni, cikgu relief jela. hihi. aiyaarrkk! menghadap student yang macam-macam ragam. seronok ada, nervous pon ada. tak lupa juga rasa busan bila dah habis kelas relief. lalalalala~
name tag ni dah cair sebab selalu sangat pakai. haha tipu je!
macam mana entah boleh cair. disebabkan tak sempat dan takde budget nak buat yang baru, so pakai je la kan. berguna jugak sebab bila student mintak izin keluar, name tag ni la jadi mangsa - jadi pas kebenaran keluar kelas untuk pelajar. cikgu lain ada?? haha~
p/s : berani nak ada skandal dengan cikgu HOT kat sekolah tu?? tak pasal-pasal kene serang dengan student yang obses dengan cikgu HOT tu. HAHAHA!
Wednesday, July 25, 2012
cikgu! saya rindu!
"cikgu! saye rindu cikgu! "
lepas habis praktikal ni, selalu sgt dapat ayat nih. sdh je rase. :(
ehhh?? mcm chipsmore la cik kak ni. sesuke hati je nak muncul, nak senyap semula. haish nasib la. yang penting password blog ni aku ingat lagi. hehe. Btw, salam ramadan! ngeee...
status update :
1) aku dah habis berpraktikal kat melaka
2) aku dah ada kat johor. finally my home sweet home. yeayyhh!
3) err tapi kene dtg upm semula jumaat ni untuk jumpe penyelia. report tak siap lagi! huk3. T_T
4) aku bosan! huhuhu...
so belek-belek, godek-godek fb, terjumpa ini..........
rase macam menarik pulak statement ni. haha ape motif ntah aku letak bende ni. ape pun aku rase macam betul je yang 94% tu. lalallalalala~
p/s : silent is my way.
aigoo... rindu anak-anak kat melaka. huhu.
Monday, May 28, 2012
Bookmark untuk students
Dua minggu sebelum cuti adalah
minggu-minggu yang agak menyeronokkan sebab its exam week! Hihi seronok ke
anak-anak murid cikgu sekalian??
So bagi meningkatkan motivasi my students,
aku cuba untuk buat something untuk diberikan pada budak-budak nih. Kira try
and error la. So aku buat eksperimen kat yang form 4 je dulu. Aku buat simple
bookmark untuk diorang.
Cumel tak? Students form 4 tu ada 34 orang,
so dengan gigihnya aku buat la 34 bookmarks for each of them. Tapi bila dah
siap rasa sayang pulak nak bagi sebab comel sangat. Oppss terpuji diri sendiri
pulak. Haha tapi takpa la sebab kalau nak bagi something kat orang, kita kene
bagi benda yang kita sayang. So akhirnya aku bagi jiga kat diorang. Yang
uniknya bookmark ni adalah setiap bookmark tu ada nama students tu sendiri. so
setiap orang akan dapat bookmark yang ada nama dia sendiri la. Sebenarnya aku
buat cam tu supaya diorang tak buang merata-rata. Yela at least bila ada nama
diorang takde la diorang sepah-sepah. Kalau orang lain jumpa pun senang nak
pulangkan sebab ada nama tuan punya bookmark tu.
Bergeliga kan palaotak aku ni?
Dan yang paling aku suka adalah reaction
diorang bila dapat bookmark tu. Walaupun ada berapa orang je yang aku bagi
secara face-to-face, tapi diorang sangat gembira bila dapat. Muka terkejut pun
ada. Tapi yang kelakarnya, sehari lepas aku bagi tu tetibe ada sorang student
aku ni approach and Tanya nama penuh aku. Aik? Lupa nama cikgu sendiri ka
sayang ku? Tapi tak jadi nak marah bila dia kata nak tulis nama aku kat
bookmark tu. Ohoh touching cikgu! Huhu.. so eksperimen berjaya!
Untuk form 2 pulak aku akan bagi something
gak tapi tak tau lagi nak bagi apa. Maybe bila dah nak habis praktikal nanti
baru bagi kot. Mesti sedih bila dah nak keluar nanti. Sekarang ni dah mula rasa
sayang kat diorang. Waaaaa takmo nangis masa last day. So better nangis sekrang
la. Huk3. :’(
Apa pun, banyak lagi benda yang perlu
difikirkan especially penyeliaan. Mana nak kejar bagi penuh jam kaunseling,
mana nak siapkan rancangan pengajaran. Banyak kerja! So mesti bersemangat untuk
tempuhi hari-hari yang mendatang. Chaiyok-chaiyok cikgu hanim!
p/s : baru nak start tanda kertas jawapan
students. Budak-budak dah merdeka, cikgu pulak duduk umah tanda kertas. Huhu.
Chill lah cikgu! ^____________^
Hari Guru Untuk Cikgu
Hooraayyyy!
Its teacher's day!
Walaupun hanya bergelar guru praktikal tapi
still guru jugak kan. So haruslah sambut dan diraikan. Yang paling penting hari
guru tak perlu mengajar. Hehe.
So 16 Mei hari tu, semua guru-guru kat
SMKBB diraikan. Rasa excited dah rasa kat rumah sewa kami lagi. Malam tu pilih
baju macam esok nak raya. Memang lawak bila ingat semula. Untuk kami yang di
SMKBB pulak nervous sebab kene buat persembahan. Hari kejadian baru sempat
untuk betul-betul berlatih. Kami pilih buat boria, so menari jela kan. Baris
depan menyanyi, bari belakang menari. Ala menari simple je pun. Tapi tunggu
giliran punye la lama sampai dah ilang dah nervous nih. So bila turn kami, buat
jela.
Yang penting fun kan. Hihi.
Ok balik semula pada sambutan hari guru di
SMKBB. Macam biasa la, pagi tu start dengan ucapan2, then nyayian. Lagu Guru
Malaysia la….. jom nyanyi sama-sama.
Kami guru Malaysia ...... berikrar dan berjanji.... lallalalalalala.....
(sambung sendiri)
After that, guru-guru minum pagi dan
students buat persembahan. Memang talented la budak-budak nih. Berderet yang
buat persembahan. Pukul 10 lebih baru kami guru-guru praktikal ni buat
persembahan. Tebalkan jela muka nih. Hahahahahaha mari gelak sama-sama. Ewahhh!
Haha.
(err nasib baik takdak gambaq)
Tapi yang terkejut nye ialah aku dapat
hadiah daripada students! Ada dua orang yang bagi. Sangat sweet. Dapat mug dan
kek. Yang lain-lain tu hadiah daripada pihak sekolah.
walaupun tak banyak tapi I’m happy because
this is my first teacher's day.
Sayang nak makan kek nih. Comel dan sedap!
Habis jugak aku makan. Hihi.
Pukul 11 kami tukar baju PJ sebab ada
sukaneka untuk cikgu-cikgu. Memang happening la sebab ramai cikgu yang nak amek
bahagian walaupun dengan berbaju kurung. Sempat amek gambar sebelum sukaneka
start je sebab bila dah start ingat nak menang je. Kumpulan kami dapat no 3!
Berkat usaha kami akhirnya dapat gak hamper. Hihi.
Cikgu Eqa dan Cikgu Eton.
Muka cikgu dah penat lepas sukaneka. Penat
gelak je pun sebenarnya.
Then sebelum balik, cikgu-cikgu ada jamuan
dan cabutan bertuah. Walaupun penat tapi seronok la layan telatah students.
Kalau hari-hari teachers day kan best. betul tak cikgu-cikgu semua??
p/s : agak-agak waktu sambutan hari guru
yang kedua nanti
dah dapat wish daripada husband ke belum ek?? erkk gatal! haha...
^___^
pengalaman baru
Firstly, apa patut aku story ek?? Banyak
sangat dalam palaotak ni ha. Tak tau nak deliver mana satu dulu. Hmmm…
Takpa la, aku story dulu pasal sekolah yang
aku tengah berpraktikal ni. Sekolah ni sebenarnya aku dengan dua orang kosmate
aku yang decide untuk pilih. Kami pun tak tau apa sebab kami pilih sekolah ni.
Mungkin sebab komen-komen positif yang kami dengar daripada senior kami kot.
Tapi bila masuk memang terkezut jugak la. Err yang tu no need untuk diceritakan
lah. Biase la sekolah mana-mana pun mesti ada kelebihan dan kekurangannya. But
untuk kelebihan memang sangat lebih! Antaranya yang aku suka adalah kelab muzik
sangat aktif. Setiap kali ada event kat sekolah, mesti ada kumpulan muzik ni
akan perform. Sangat best. Ada sorang student hari tu dia main saxophone, lagu
P. Ramlee. Meremang bulu roma bila dengar. Untuk pengetahuan korang jugak,
student tu adalah one of my own student. Rasa bangga jugak la. Hehe…
Eh kejap kejap! Haha lupa nak habaq, aku
praktikal kat SMK BUKIT BARU. Sekolah ni kat Melaka, betul-betul sebelah JPN
Melaka. Sekolah ni sangat besar dan bangunan semua 4 tingkat. Memang kurus la hari-hari naik
tingkat 4 sebab aku duk kat bilik kaunseling. kaunselor kene la duk kat bilik
kaunseling kan. Untuk minor pulak, aku still kene mengajar subjek. Aku ajar
pendidikan moral dan kelas yang aku dapat, kelas form 2 dengan form 4. Student
yang pandai main saxophone tu form 4, sangat peramah dan suka senyum. Banyak
cabaran jadi cikgu ni. Lagi-lagi la bila diorang tahu yang kita ni Cuma cikgu
praktikal dan tak garang. Fuh! Memang kene banyak bersabar. Tak garang pon bole
tukar jadi garang.
Walaupun baru sebulan lebih kat sekolah ni,
banyak dah pengalaman yang aku dapat. Event pon dah banyak gak involve sebab as
kaunselor memang kene handle banyak program sekolah. Mesyuarat PIBG pun dah
settle. Tapi kami yang baru ni takde la kene handle, just membantu sahaja and
ambil pengalaman.
Yang ni aku sempat snap masa program untuk
ibu bapa dan student yang nak amek exam PMR ngan SPM tahun ni. So ada sedikit
ceramah keibu bapaan dan slot akujanji untuk students. Waktu ceramah hanya ibu
bapa je yang ada. Kami yang praktikal ni pun duk la dengar sama. Sebelum tu aku
tolong jaga bahagian pendaftaran. Ni jela yang dapat di snap. Nak banyak kene
tunggu ada DSLR sendiri.
So sebagai ibu bapa, cara didikan yang
paling baik untuk perkembangan positif anak adalah gaya asuhan autoritatif. Ibu
bapa meletakkan peraturan tetapi dalam masa yang sama mempunyai interaksi yang
positif dengan anak-anak. Boleh tegas dengan anak-anak tapi perlu beri
justifikasi untuk setiap suruhan dan larangan yang ditetapkan. Opss! Terlebih
sudah.
p/s : to be continued………………………. ^_______^
tuan blog muncul semula
Hola!
Ohoh! Lama gile tak jenguk kat blog nih.
Dah macam blog yang tuan dia lupe password, sampai sudah tak dapat log in.
hehe.. tak lupe password pon sebenarnya. Cuma sejak dari last post tu sampai
bulan 5 nih, waktu ni la baru betul-betul free dan ada kelengkapan asas iaitu
internet untuk memblog. F.Y.I, aku sekarang sudah bergelar CIKGU. Yeay! Hiihi…
Err tapi tambah sikit belakang tu, PELATIH. Hoho baru jadi cikgu pelatih jela.
Setelah hampir 4 tahun aku memerah otak di UPM, akhirnya inilah waktunya aku berpraktikal
dan menghadapi kehidupan sebenar di sekolah. Ceh ayat mau power. Tapi apa pun,
kesimpulan yang aku boleh buat adalah apa yang kita belajar kat university lain
sangat dengan reality kat luar sekarang ni. Memang culture shock jugak la 1st
day masuk sekolah tu. Haish kalau nak story memang tak habis 7 hari 7 malam.
Yelah aku pun dah sebulan lebih dah berkhidmat kat sekolah tu kan. Takpa nanti
aku akan update semula ikut kronologi cerita okeh. Tungguuuuuuuu…… ^_^
p/s : lupa nak habaq, sekarang tengah cuti
sekolah. So as a teacher, aku pon cuti gak. 2 minggu tuuu… jgn jeles haaaa…..
happy holidays!
Subscribe to:
Posts (Atom)