Firstly, apa patut aku story ek?? Banyak
sangat dalam palaotak ni ha. Tak tau nak deliver mana satu dulu. Hmmm…
Takpa la, aku story dulu pasal sekolah yang
aku tengah berpraktikal ni. Sekolah ni sebenarnya aku dengan dua orang kosmate
aku yang decide untuk pilih. Kami pun tak tau apa sebab kami pilih sekolah ni.
Mungkin sebab komen-komen positif yang kami dengar daripada senior kami kot.
Tapi bila masuk memang terkezut jugak la. Err yang tu no need untuk diceritakan
lah. Biase la sekolah mana-mana pun mesti ada kelebihan dan kekurangannya. But
untuk kelebihan memang sangat lebih! Antaranya yang aku suka adalah kelab muzik
sangat aktif. Setiap kali ada event kat sekolah, mesti ada kumpulan muzik ni
akan perform. Sangat best. Ada sorang student hari tu dia main saxophone, lagu
P. Ramlee. Meremang bulu roma bila dengar. Untuk pengetahuan korang jugak,
student tu adalah one of my own student. Rasa bangga jugak la. Hehe…
Eh kejap kejap! Haha lupa nak habaq, aku
praktikal kat SMK BUKIT BARU. Sekolah ni kat Melaka, betul-betul sebelah JPN
Melaka. Sekolah ni sangat besar dan bangunan semua 4 tingkat. Memang kurus la hari-hari naik
tingkat 4 sebab aku duk kat bilik kaunseling. kaunselor kene la duk kat bilik
kaunseling kan. Untuk minor pulak, aku still kene mengajar subjek. Aku ajar
pendidikan moral dan kelas yang aku dapat, kelas form 2 dengan form 4. Student
yang pandai main saxophone tu form 4, sangat peramah dan suka senyum. Banyak
cabaran jadi cikgu ni. Lagi-lagi la bila diorang tahu yang kita ni Cuma cikgu
praktikal dan tak garang. Fuh! Memang kene banyak bersabar. Tak garang pon bole
tukar jadi garang.
Walaupun baru sebulan lebih kat sekolah ni,
banyak dah pengalaman yang aku dapat. Event pon dah banyak gak involve sebab as
kaunselor memang kene handle banyak program sekolah. Mesyuarat PIBG pun dah
settle. Tapi kami yang baru ni takde la kene handle, just membantu sahaja and
ambil pengalaman.
Yang ni aku sempat snap masa program untuk
ibu bapa dan student yang nak amek exam PMR ngan SPM tahun ni. So ada sedikit
ceramah keibu bapaan dan slot akujanji untuk students. Waktu ceramah hanya ibu
bapa je yang ada. Kami yang praktikal ni pun duk la dengar sama. Sebelum tu aku
tolong jaga bahagian pendaftaran. Ni jela yang dapat di snap. Nak banyak kene
tunggu ada DSLR sendiri.
So sebagai ibu bapa, cara didikan yang
paling baik untuk perkembangan positif anak adalah gaya asuhan autoritatif. Ibu
bapa meletakkan peraturan tetapi dalam masa yang sama mempunyai interaksi yang
positif dengan anak-anak. Boleh tegas dengan anak-anak tapi perlu beri
justifikasi untuk setiap suruhan dan larangan yang ditetapkan. Opss! Terlebih
sudah.
p/s : to be continued………………………. ^_______^
No comments:
Post a Comment