Tuesday, November 8, 2011

PELENGKAP HIDUPKU


its only a song . . .
suggested by my friend who really like this song. selalu dengar dia bukak lagu ni kat phone~





dah addicted gak dengan lagu nih. sekadar lagu. masih dalam proses mencari seseorang yang dapat melengkapkan sebahagian lagi kehidupan akan datangku.



p/s :  oho banyak keje tapi sempat dok blogging. haish~   T____T






12 ZULHIJJAH



12 Zulhijjah . . . . 

merupakan antara hari tasyrik di mana umat Islam diharamkan berpuasa pada hari tersebut. ia juga merupakan hari raye ketiga bagi hari raya Aidiladha. dan yang paling penting, tanggal 12 Zulhijjah tahun 1409, aku dilahirkan ke muka bumi ini. hehe~

actually aku nak buat entry nih pagi tadi tapi disebabkan aku sampai-sampai upm pukul 9.15 pagi, so tak sempat dah nak on laptop. siap-siap terus g kelas. abes kelas, pegi cari makanan kat luar pulak sebab foodcourt dalam upm dah kene tutop 2 minggu oleh kementerian kesihatan malaysia. tak lepas dari aspek kebersihan la tu. adeh makin kurus la aku wei. sampai bilik, tidur la. tak larat wei. mata dah kabur dah. then sekarang baru free. hoh panjang bebenar membebel nye.

balik semula kepada tajuk entry aku nih~ so mengikut bulan Islam, aku dah masuk 23 tahun. tak tua sangat la, sedang-sedang je. tyme kat umah tu, aku yg mempunyai daya imaginasi yang tinggi ni pon membayangkan la waktu raye haji tahun 1989 tu. tyme tu perut mak aku mesti dah memboyot, tunggu hari jelah. then aku yang still kat dalam perut tu memberontak nak keluar gak sambut raye haji sama-sama, meriah kan tengok lembu kene sembelih sume. sebab tu la last-last raye ketiga, dengan izin Allah, aku dapat keluar melihat keindahan dunia nih. Alhamdulillah. tapi naseb baik aku tak keluar tyme raye pertama. kalo tak kesian mak aku tak dpt sambut raye korban nih. hehe. 

apa pun, aku bersyukur kepada Allah kerana masih diberikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi-Nya ini. aku bersyukur jugak kerana diberikan keluarga yang sempurna dan bahagia. aku bersyukur untuk segala yang telah terjadi, sedang terjadi dan yang akan terjadi dalam hidup aku. aku pasti walau apa juga yang diberikan oleh Allah, pasti ada hikmahnya. semuanya terserah kepada diri sendiri bagaimana untuk kita menilai sesuatu dalam hidup kita itu. semoga kehidupanku diberkati dan sentiasa mendapat keredhaan dari Allah Taala. 






p/s : hargailah orang-orang yang sentiasa berada bersama anda. semoga anda juga sentiasa berbahagia dan dilindungi Allah. ^_________^


Monday, November 7, 2011

SPSS dan FYP




SPSS stand for STATISTICAL PACKAGE FOR SOCIAL SCIENCE.
ianya digunakan utk memasukkan data-data yang diperolehi daripada kajian yang dibuat. kebiasaannya data yang dikumpul adalah melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada responden (target kajian) yang telah ditetapkan - siapa, di mana, berapa. after key in segala data-data tersebut, ianya akan di analyze menggunakan SPSS tersebut jugak. then baru lah boleh buat report utk kajian tersebut. hoho memang sangat complicated~

  
as for me, macam mana la boley terjebak dengan bende alah ni kan. haish ni la takdir student final year. kalo nak grad kene la amek subjek yg bernama projek ilmiah tahun akhir yg mana perlu menyiapkan final year project yg ala-ala thesis master. so buat la kajian tentang apa-apa la yg terasa best di hati (tp depends gak dengan penyelia masing-masing). and me, one of the luckiest student at upm yg kene buat kajian tu. my tajuk adalah ---> "pola masalah dan hubungannya dengan pemikiran tidak rasional dalam kalangan pelajar tahun satu fakulti pengajian pendidikan upm." huish panjang kan tajuk aku tu. sepanjang itu la proses nak menyiapkannya. skrg ni aku dalam fasa meng'key in' data-data yang aku dah dapat. guna mende alah SPSS tu la. sangat menguji kesabaran. kepada yg tau macam mana SPSS nih, aku nak bagitau yg aku ada 247 variables dan 248 responden. so cuba la korg bayangkan betapa gigihnya aku nak key in segala data tu. sampai aku rase kat mata aku nih nampak nombor je weh.






ni pun tak siap lagi sebenarnya. aku kene buat slow-slow. sbb SPSS ni pon cam dah mula menunjukkan tanda-tanda cepat letih. kang tetibe 'hang', aku gak yg susah nanti. so better aku ambik berat pasal kesihatan SPSS ni. 






ada banyak lg yang aku nak kene key in. but some of the questionnaires aku tinggal kat upm. berat woh nak bawak balik umah hari tu. dah la tumpang orang. aku pon tak larat nak angkut 250 set borang soal selidik tu. entah berapa kilo agaknye. so yg balance tu aku  key in kat upm jela. 


owh by the way, at this moment, aku kat umah lagi - yong peng. esok pagi-pagi lepas subuh baru aku gerak balik upm. abah aku anta. hopefully aku larat nak g kelas kul 10 esok pagi tu. hihi.  ^____^



p/s : doakan aku semakin tabah dan gigih dalam menyiapkan proses key in data nih. hopefully sempat siapkan the whole FYP nih. due date dia minggu ni sebenarnye. hoho buat lagi keje last minute anem ! 



wish me luck!   T________________T




try these too

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...