Tuesday, November 8, 2011

12 ZULHIJJAH



12 Zulhijjah . . . . 

merupakan antara hari tasyrik di mana umat Islam diharamkan berpuasa pada hari tersebut. ia juga merupakan hari raye ketiga bagi hari raya Aidiladha. dan yang paling penting, tanggal 12 Zulhijjah tahun 1409, aku dilahirkan ke muka bumi ini. hehe~

actually aku nak buat entry nih pagi tadi tapi disebabkan aku sampai-sampai upm pukul 9.15 pagi, so tak sempat dah nak on laptop. siap-siap terus g kelas. abes kelas, pegi cari makanan kat luar pulak sebab foodcourt dalam upm dah kene tutop 2 minggu oleh kementerian kesihatan malaysia. tak lepas dari aspek kebersihan la tu. adeh makin kurus la aku wei. sampai bilik, tidur la. tak larat wei. mata dah kabur dah. then sekarang baru free. hoh panjang bebenar membebel nye.

balik semula kepada tajuk entry aku nih~ so mengikut bulan Islam, aku dah masuk 23 tahun. tak tua sangat la, sedang-sedang je. tyme kat umah tu, aku yg mempunyai daya imaginasi yang tinggi ni pon membayangkan la waktu raye haji tahun 1989 tu. tyme tu perut mak aku mesti dah memboyot, tunggu hari jelah. then aku yang still kat dalam perut tu memberontak nak keluar gak sambut raye haji sama-sama, meriah kan tengok lembu kene sembelih sume. sebab tu la last-last raye ketiga, dengan izin Allah, aku dapat keluar melihat keindahan dunia nih. Alhamdulillah. tapi naseb baik aku tak keluar tyme raye pertama. kalo tak kesian mak aku tak dpt sambut raye korban nih. hehe. 

apa pun, aku bersyukur kepada Allah kerana masih diberikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi-Nya ini. aku bersyukur jugak kerana diberikan keluarga yang sempurna dan bahagia. aku bersyukur untuk segala yang telah terjadi, sedang terjadi dan yang akan terjadi dalam hidup aku. aku pasti walau apa juga yang diberikan oleh Allah, pasti ada hikmahnya. semuanya terserah kepada diri sendiri bagaimana untuk kita menilai sesuatu dalam hidup kita itu. semoga kehidupanku diberkati dan sentiasa mendapat keredhaan dari Allah Taala. 






p/s : hargailah orang-orang yang sentiasa berada bersama anda. semoga anda juga sentiasa berbahagia dan dilindungi Allah. ^_________^


No comments:

Post a Comment

try these too

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...