Monday, May 28, 2012

pengalaman baru



Firstly, apa patut aku story ek?? Banyak sangat dalam palaotak ni ha. Tak tau nak deliver mana satu dulu. Hmmm…

Takpa la, aku story dulu pasal sekolah yang aku tengah berpraktikal ni. Sekolah ni sebenarnya aku dengan dua orang kosmate aku yang decide untuk pilih. Kami pun tak tau apa sebab kami pilih sekolah ni. Mungkin sebab komen-komen positif yang kami dengar daripada senior kami kot. Tapi bila masuk memang terkezut jugak la. Err yang tu no need untuk diceritakan lah. Biase la sekolah mana-mana pun mesti ada kelebihan dan kekurangannya. But untuk kelebihan memang sangat lebih! Antaranya yang aku suka adalah kelab muzik sangat aktif. Setiap kali ada event kat sekolah, mesti ada kumpulan muzik ni akan perform. Sangat best. Ada sorang student hari tu dia main saxophone, lagu P. Ramlee. Meremang bulu roma bila dengar. Untuk pengetahuan korang jugak, student tu adalah one of my own student. Rasa bangga jugak la. Hehe…


Eh kejap kejap! Haha lupa nak habaq, aku praktikal kat SMK BUKIT BARU. Sekolah ni kat Melaka, betul-betul sebelah JPN Melaka. Sekolah ni sangat besar dan bangunan semua  4 tingkat. Memang kurus la hari-hari naik tingkat 4 sebab aku duk kat bilik kaunseling. kaunselor kene la duk kat bilik kaunseling kan. Untuk minor pulak, aku still kene mengajar subjek. Aku ajar pendidikan moral dan kelas yang aku dapat, kelas form 2 dengan form 4. Student yang pandai main saxophone tu form 4, sangat peramah dan suka senyum. Banyak cabaran jadi cikgu ni. Lagi-lagi la bila diorang tahu yang kita ni Cuma cikgu praktikal dan tak garang. Fuh! Memang kene banyak bersabar. Tak garang pon bole tukar jadi garang. 


Walaupun baru sebulan lebih kat sekolah ni, banyak dah pengalaman yang aku dapat. Event pon dah banyak gak involve sebab as kaunselor memang kene handle banyak program sekolah. Mesyuarat PIBG pun dah settle. Tapi kami yang baru ni takde la kene handle, just membantu sahaja and ambil pengalaman. 


Yang ni aku sempat snap masa program untuk ibu bapa dan student yang nak amek exam PMR ngan SPM tahun ni. So ada sedikit ceramah keibu bapaan dan slot akujanji untuk students. Waktu ceramah hanya ibu bapa je yang ada. Kami yang praktikal ni pun duk la dengar sama. Sebelum tu aku tolong jaga bahagian pendaftaran. Ni jela yang dapat di snap. Nak banyak kene tunggu ada DSLR sendiri.






So sebagai ibu bapa, cara didikan yang paling baik untuk perkembangan positif anak adalah gaya asuhan autoritatif. Ibu bapa meletakkan peraturan tetapi dalam masa yang sama mempunyai interaksi yang positif dengan anak-anak. Boleh tegas dengan anak-anak tapi perlu beri justifikasi untuk setiap suruhan dan larangan yang ditetapkan. Opss! Terlebih sudah. 


p/s : to be continued………………………. ^_______^



No comments:

Post a Comment

try these too

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...